Tonton Bukan Cinta Aku Full Episod


Bukan Cinta Aku
  • Updated on 02-07-2019 13:07 PM by MyVOD | 17535 Views

  • Mengisahkan Rania, baru sahaja selesai pengajiannya dan kembali ke pangkuan keluarganya yang menetap di Florence, Itali. Rania telah jatuh cinta dengan Arjuna, pemandu keluarganya. Kesungguhan Arjuna yang sering memberi kata-kata nasihat membuatkan Rania jatuh hati pada Arjuna.

    Walaupun pada awalnya, Arjuna tidak berani untuk membalas cinta Rania kerana dia sudah banyak terhutang budi dengan keluarga Rania. Namun perasaan cinta itu tidak mampu dinafikannya dan mereka cuba menyembunyikan percintaan mereka supaya tidak diketahui oleh ibu bapa Rania.

    Suatu hari, Rania sekeluarga perlu pulang ke Malaysia kerana perniagaan bapanya mengalami masalah di sana. Arjuna juga dibawa pulang kerana ibu Rania merasakan Arjuna sudah banyak berjasa dan menjaga Rania sepanjang mereka di Itali.

    Berita itu menggembirakan Rania kerana dia tidak akan terpisah dengan Arjuna. Ibu bapa Rania sudah ada rancangan lain untuk Rania. Mereka ingin menjodohkan Rania dengan Tengku Isma, anak kenalan mereka. Setelah mengetahui rancangan ibu bapanya untuk menjodohkannya dengan Tengku Isma, Rania membuat keputusan untuk bertemu Tengku Isma.

    Rania lega apabila Tengku Isma mengatakan bahawa dia juga tidak sukakan keputusan keluarganya kerana dia sudah punya kekasih. Rania membuat perjanjian dengan Tengku Isma supaya mereka mengikut sahaja kehendak keluarga buat sementara waktu tetapi tiada komitmen antara mereka. Mereka boleh meneruskan hubungan dengan pasangan masing-masing dan Tengku Isma bersetuju.

    Malangnya, perhubungan antara Rania dan Arjuna akhirnya diketahui oleh ibu bapa Rania. Mereka kecewa kerana Rania mengkhianati kepercayaan mereka. Rania telah dikurung dan Arjuna hilang entah ke mana kerana dihalau oleh ibu bapa Rania.

    Pernikahan antara Rania dan Tengku Isma dipercepatkan. Walaupun sudah bernikah, Rania tidak mengizinkan Tengku Isma untuk menyentuhnya. Tengku Isma tetap melayani Rania dengan baik, memenuhi segala permintaan Rania tetapi dia tidak mampu membuatkan Rania untuk menerimanya.

    Masihkah ada peluang buat Tengku Isma untuk memiliki cinta Rania?

  • Senarai Episod Bukan Cinta Aku

Setelah Terlafaznya Akad

Popular Videos

Muzikal Lawak Superstar 2019

Menggandingkan 14 kumpulan yang terdiri daripada 24 pelawak bersama 12 artis dari pelbagai cabang industri ...

Puteri Yang Ditukar

Kisah mengenai dua insan bernama Amira dan Zahira yang merupakan dua orang gadis sebaya namun mempunyai lat...

Iktibar

Iktibar merupakan satu slot drama yang menghimpunkan kisah-kisah keinsafan yang menarik di setiap minggu.

Utusan Cinta Buat Adam

Mengisahkan Aireen Husna, seorang arkitek yang sering kali ternampak Adam Firdaus di masjid yang selalu dik...

© 2019 MyVOD. All Rights Reserved