Tonton Nur 2 Full Episod


Nur 2
  • Updated on 25-04-2019 15:04 PM by MyVOD | 243018 Views

  • Ujian demi ujian telah datang kepada Adam dan Nur dalam menempuhi hidup mereka sebagai suami isteri. Setelah berkahwin Adam dan Nur mengajar kanak-kanak mengaji di rumah lama milik Nur. Pada mulanya niat baik mereka itu tidak menghadapi masalah sehinggalah ada penduduk tidak berpuas hati. Jiran mereka terganggu dengan kelas mengaji yang semakin mendapat sambutan, Adam dan Nur perlu mencari tempat baharu tetapi mereka kekurangan dana.

    Adam masih meneruskan aktiviti untuk memberi dakwah di lorong-lorong yang turut mendapat sokongan Nur. Kehadiran Juita seorang pelacur baharu dikawasan itu mengubah segalanya. Juita juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur. Dia inginkan Adam menjadi miliknya. Sejak dari itu, Juita sentiasa cari peluang untuk mendampingi Adam. Malah, Juita menggunakan Nur dengan berpura-pura menjadi sahabat baik Nur untuk mendapatkan Adam.

    Selain dari konflik rumah tangga, Adam juga perlu menyelesaikan masalah sekolah Darul Mukhsin yang kekurangan dana akibat penyelewengan Hamadi. Walaupun meringkuk di dalam penjara, Hamadi masih tidak serik malah mengugut untuk menceraikan Aisyah jika tidak mencari wang jaminan untuk membebaskannya.

    Aisyah tersempit di antara suami dan keluarga. Aisyah menebalkan muka meminta bantuan ibunya. Pada awalnya Ayah Haji tidak bersetuju kerana Hamadi menjadi punca permasalahan keluarga mereka. Oleh kerana kasihankan Aisyah, akhirnya permintaan Aisyah dituruti.

    Aisyah dan Hamadi turut dihalau keluar dari rumah sewanya dan terpaksa menebal muka untuk tinggal bersama keluarga Aisyah. Kehadiran Hamadi bukan sahaja membuatkan kedua-dua orang mentuanya tidak selesa malah Nur menjadi takut untuk menjejakkan kaki ke rumah itu. Nur masih trauma dan terkesan dengan peristiwa hitam yang pernah terjadi dengan Hamadi dahulu.

    Adakah Hamadi akan insaf atau terus dengan niat jahatnya untuk mendapatkan Nur? Berjayakan Nur dan Adam mempertahankan rumah tangga mereka daripada orang lain yang sentiasa hadir untuk merosakkan seagalanya?

  • Senarai Episod Nur 2

Setelah Terlafaznya Akad

Popular Videos

Muzikal Lawak Superstar 2019

Menggandingkan 14 kumpulan yang terdiri daripada 24 pelawak bersama 12 artis dari pelbagai cabang industri ...

Puteri Yang Ditukar

Kisah mengenai dua insan bernama Amira dan Zahira yang merupakan dua orang gadis sebaya namun mempunyai lat...

Utusan Cinta Buat Adam

Mengisahkan Aireen Husna, seorang arkitek yang sering kali ternampak Adam Firdaus di masjid yang selalu dik...

Iktibar

Iktibar merupakan satu slot drama yang menghimpunkan kisah-kisah keinsafan yang menarik di setiap minggu.

© 2019 MyVOD. All Rights Reserved