Tonton Puteri Yang Ditukar Full Episod


Puteri Yang Ditukar
  • Updated on 23-07-2019 14:07 PM by MyVOD | 5344 Views

  • Nantikan tayangan drama berjudul Puteri Yang Ditukar tidak lama lagi sebaik sahaja tamat drama Jodoh Jodoh Annisa menerusi saluran Astro PRIMA di slot Tiara. Drama baru ini menampilkan Elisya Sandha, Eyra Hazali dan Azrel Ismail sebagai pelakon utama dan turut dibantu pelakon lain antaranya adalah Julia Farhana, Edika Yusof, Siti Elizad, Adam Lee dan ramai lagi.

    Puteri Yang Ditukar merupakan sebuah drama hasil dari adaptasi drama sinetron indonesia yang pernah menjadi kegilaan para penonton sinetron. Seperti biasa drama slot Tiara memulakan siaran pada jam 6 petang di saluran Astro PRIMA pada setiap hari isnin hingga jumaat.

    TAJUK

    PUTERI YANG DITUKAR

    TARIKH TAYANGAN : 9 Julai 2019 / 6 PM
    EPISOD : 80 Episod
    SLOT : Tiara
    SALURAN : Astro PRIMA & PRIMA HD
    ARAHAN : Bahri Uma & Zamri Zakaria
    TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd
    PARA PELAKON : Elisya Sandha, Eyra Hazali, Azrel Ismail, Julia Farhana, Edika Yusof, Siti Elizad, Ikmal Amry, Fazlina Ahmad Daud, Zila Bakarin, Adam Lee, Eizlan Yusof, Ako Mustapha, Maria Farida

    Pelakon Dan Watak

    Elisya Sandha – Amira
    Eyra Hazali – Zahira
    Azrel Ismail – Rizwan
    Julia Farhana – Miesya
    Edika Yusof – Tuan Malik
    Siti Elizad Sharifuddin – Aini
    Zila Bakarin – Maria
    Fazlina Ahmad Daud – Farina
    Eizlan Yusof – Ihsan
    Ako Mustapha – Madun

    Sinopsis Puteri Yang Ditukar

    Kisah mengenai dua insan bernama Amira dan Zahira yang merupakan dua orang gadis sebaya namun mempunyai latar belakang yang amat berbeza sama sekali. Gadis bernama Amira ini sejak dari  kecil, dia dibesarkan di dalam kehidupan yang serba sederhana bersama kedua-dua orang tuanya, Ihsan dan Farina.

    Manakala berlainan sekali pula dengan Zahira yang mempunyai kehidupan yang cukup mewah dan hidup senang bersama kedua-dua orang tuanya, Tuan Malik dan Aini, di samping ibu tirinya, Maria dan juga kakak tirinya bernama Miesya. Walaupun begitu mewah dan senang, kehidupannya tidaklah begitu gembira, Ini kerana Zahira yang selalu dibuli oleh Miesya.

    Namun, terdapat satu rahsia yang tiada seorang pun yang mengetahuinya. Kedua-dua gadis tersebut bukan darah daging kepada orang tuanya, walhal sebenarnya mereka sudah ditukar dari kecil lagi, semasa mereka dilahirkan. Namun persoalannya, siapakah yang menjadi dalang di sebalik pertukaran kedua bayi ini?

  • Senarai Episod Puteri Yang Ditukar

Setelah Terlafaznya Akad

Popular Videos

Muzikal Lawak Superstar 2019

Menggandingkan 14 kumpulan yang terdiri daripada 24 pelawak bersama 12 artis dari pelbagai cabang industri ...

Puteri Yang Ditukar

Kisah mengenai dua insan bernama Amira dan Zahira yang merupakan dua orang gadis sebaya namun mempunyai lat...

Utusan Cinta Buat Adam

Mengisahkan Aireen Husna, seorang arkitek yang sering kali ternampak Adam Firdaus di masjid yang selalu dik...

Iktibar

Iktibar merupakan satu slot drama yang menghimpunkan kisah-kisah keinsafan yang menarik di setiap minggu.

© 2019 MyVOD. All Rights Reserved