Tonton Utusan Cinta Buat Adam Full Episod


Utusan Cinta Buat Adam
  • Updated on 23-07-2019 14:07 PM by MyVOD | 8734 Views

  • Nantikan drama terbaru berjudul Utusan Cinta Buat Adam menerusi saluran TV3 di slot Akasia. Drama ini menampilkan Kamal Adli dan Puteri Aishah sebagai pelakon utama, dan turut dibantu oleh pelakon lain seperti Sharifah Sakinah, Kartina Aziz, Nazeera Sardi  dan ramai lagi.

    Drama ini merupakan hasil arahan pengarah terkenal Along Kamaludin dan diterbitkan oleh A-Ten Alliances Sdn Bhd. Drama ini bakal memulakan tayangan pada 3 Julai 2019 nanti.

    TAJUK

    UTUSAN CINTA BUAT ADAM

    EPISOD : 28 Episod

    TARIKH : 3 Julai 2019 / 7 PM

    SLOT : Akasia

    SALURAN : TV3

    ARAHAN : Along Kamaludin

    TERBITAN : A-Ten Alliances Sdn Bhd

    PELAKON : Kamal Adli, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Kartina Aziz, Nazeera Sardi, Nazrief Nazri, Ikhlas Jalil, Sharifah Shahora, Noniswara, Kuza, Aleeza Kasim, Hariesa DFKL, Ani Ambo, Zainon Ismail, Aishah Along Kamaludin, Gen Darwish

     

    Sinopsis Utusan Cinta Buat Adam

    Mengisahkan Aireen Husna, seorang arkitek yang sering kali ternampak Adam Firdaus di masjid yang selalu dikunjunginya. Aireen jatuh hati pada Adam walaupun tidak dapat mengenali siapa Adam sebenarnya. Aireen mengimpikan calon suami yang beriman dan mendambakan cinta setulus cinta Rasullah dan Siti Khadijah. Kagum dengan kesungguhan Siti Khadijah untuk memiliki Rasullulah, Aireen mula merisik siapakah Adam dan terus melamarnya.

    Adam binggung menerima lamaran daripada Aireen. Desakan daripada Tok Wan yang mahu Adam berkahwin dengan Liyana tidak menyenangkan Adam. Namun akhirnya, Adam memilih untuk menerima lamaran Aireen.

    Persetujuan Adam mengahwini Aireen menggembirakan semua ahli keluarga kecuali Tok Wan yang merasakan Adam menderhaka. Tok Wan marah Adam menolak pilihannya. Kemarahannya semakin memuncak apabila Adam dan Aireen tetap disatukan walaupun puas dia menghalang. Aireen menganggap Adam menerimanya kerana kasihan tetapi pendirian Adam pula berbeza. Adam inginkan satu hubungan yang lebih diredai iaitu selepas mereka disatukan.

    Di hari pernikahan mereka, Adam tidak sangka gadis yang sudah beberapa kali ditemuinya itu ialah isternya, Adam sangat gembira kerana dia memang sudah jatuh hati pada Aireen. Walaupun Adam dan Aireen bukan berkahwin atas dasar cinta, mereka saling lengkap melengkapi dan menjalani fasa baharu dengan penuh kasih sayang.

    Ketika perkahwinan mereka menjengah tiga bulan, Aireen masih belum mengandung. Tok Wan mula campur tangan dan menyuruh Aireen membuat pemeriksaan kesuburan. Aireen didapati mempunyai masalah untuk hamil dan terpaksa menjalani rawatan kesuburan jika mahu hamil. Aireen kecewa tetapi Adam tetap tenang dan bersetuju agar Aireen melalui sesi rawatan seperti yang dinasihatkan oleh ibu mertuanya.

    Tok Wan semakin membenci Aireen sebaik mengetahui perkara tersebut. Dia mendeasak Adam berkahwin lagi tetapi Adam tidak bersetuju. Aireen juga tegas menghalang. Sakit hati dengan penolakan Adam dan bantahan Aireen, Tok Wan semakin berang. Setelah dihasut oleh Liyana, Tok Wan mula mengunakan ilmu hitam untuk memisahkan Adam dan Aireen. Bahagaimanakah Adam dan Aireen mempertahankan mahligai cinta mereka?

  • Senarai Episod Utusan Cinta Buat Adam

Setelah Terlafaznya Akad

Popular Videos

Utusan Cinta Buat Adam

Mengisahkan Aireen Husna, seorang arkitek yang sering kali ternampak Adam Firdaus di masjid yang selalu dik...

Seribu Rindu

Mengisahkan percintaan 3 segi antara Zul Ariffin (Irfan), Maisara (Azira Syafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Ha...

Dari Kekasih Kepada Kekasih

Mengisahkan Hattan, seorang pemandu lori sering menghantar barang dari ibu kota ke Kuala Pilah.

...
Hayat

Mengisahkan tentang seorang suami yang diuji oleh Allah dengan kesenangan yang melimpah ruah tatkala hidup...

© 2019 MyVOD. All Rights Reserved